test

Tuesday, 29 May 2012




BAB 1


 Nana memandang sepi ke arah pemandangan malam yang luas terbentang di hadapannya. Rasanya sudah puas dia mengalirkan air mata namun peristiwa sebulan lalu masih lagi bermain-main difikirannya. Hanya dengan satu kelalaian manusia habis kegembiraannnya ditarik sekelip mata. Siapa yang tidak bersedih dengan berita yang amat memeranjatkan itu. Adik kesayangannya telah dilanggar oleh seorang pemabuk. Bukan dia tak kenal orang yang melanggar adik kesayangannya itu tapi apa nak buat takdir telah menetapkan ketentuan adiknya begitu. Dia redha dalam terpaksa. Hisham, lelaki melayu, beragama Islam lagi melanggar adiknya ketika adiknya baru sahaja pulang dari kelas tambahan. Punah harapannnya untuk melihat adiknya berjaya dalam pelajaran dan seterusnya menjadi insan yang berguna dan mengubah hidup mereka.  Mentang-mentanglah Hisham itu anak orang kenamaan dengan mudah dia dibebaskan. Bagaimana nasib insan-insan yang teraniaya sepertinya. Dengan kuasa duit semuanya buleh dibeli pada zaman sekarang ini.

   Mayat adiknya yang terperosok di bawah kereta Mercedes itu betul-betul memilukan hatinya. Wajah yang setiap hari diusap dan dibelai penuh kasih sayang itu sudah tidak seperti yang asal. Adiknya baru sahaja berumur  15 tahun dan akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Baru sahaja merasai kemanisan hidup di atas dunia ini tapi begitu awal dijemput Ilahi.  Terbayang kembali saat-saat mayat adiknya dikeluarkan dari bawah kereta. Dengan tengkorak kepalanya yang sedikit pecah dan muka yang penuh dengan darah. Kaki adiknya pula berlipat. Perut adiknya juga pecah dan dia juga ternampak usus adiknya yang terkeluar dari perut yang koyak. Luluh air matanya. Jantungnya lantas berdegup kencang. Dugaan apakah yang menduganya. Adik kesayangannya pergi meninggalkannya dengan cara yang amat menyayat hati. Pandangannya tiba-tiba menjadi gelap -segelapnya.

   Sedar-sedar dirinya sudah berada di hospital. Selama sehari semalam dia pengsan tidak sedarkan diri. Mayat adiknya diuruskan oleh pihak hospital memandangkan mereka berdua anak yatim piatu. Entah bila agaknya mayat adiknya dikebumikan diapun tidak tahu. Keluar sahaja dari hospital, kawannya Suhana telah membawanya ke tanah perkuburan adiknya. Hanya lelehan air mata yang mampu keluar. Setelah ayah dan ibu meninggal dalam kemalangan, kini giliran adiknya pula dijemput Ilahi. Ya Allah mengapa engkau tidak menarik sahaja nyawaku ini. Apa lagi yang mampu aku sandarkan untuk meneruskan kehidupanku. Jika tidak kerana Suhana temannya, Sudah pasti dia tidak mampu bertahan lama. Rupanya dia masih ada Suhana teman sepermainannya semasa kecil dan sekarang mereka bekerja bersama-sama.

   “Mak..ayah..maafkan Nana . Nana tak mampu hendak menunaikan amanat mak dah ayah. Nana anak yang tidak berguna. Adik seorangpun Nana tak mampu nak jaga. Nana betul-betul tak sangka begini jadinya. Tapi Nana rasa bukan Nana yang bersalah dalam perkara ini. Hisham yang salah. Dia mabuk! Dia langgar adik tanpa rasa bersalah. Nana berazam, Nana akan sengsarakan hidup Hisham . Dia akan menderita seperti mana menderitanya Nana ditinggalkan satu-satunya adik kesayangan Nana. Kematian Dila akan Nana balas. Penderitaan akan dibalas dengan penderitaan. Tunggulah Hisham. Dari dulu kau tidak pernah puas menganggu kehidupan aku. Aku akan pastikan kau menderita. Kau akan merasai apa yang aku rasa. Tunggulah.“

   Sehari sebelum kejadian malang itu adiknya pernah memberitahu ingin makan kek di secret resepi namun harapan yang satu itu tidak dapat ditunaikan. Adiknya pergi sebelum dapat merasai kek yang bakal dibelinya. Dia tidak mengambil adiknya pada masa itupun sebab bekerja lebih masa untuk menunaikan hajat adiknya itu. Namun hajat adiknya tetap tidak dapat ditunaikan.  Sia-sia dia bekerja lebih masa pada hari itu. Kalaulah dia tahu kesibukkannya bakal membuatkan dia kehilangan adik kesayangannya, pasti dia tidak ingin bekerja lebih masa pada masa itu. Akan dijemput adiknya seperti biasa. Mereka akan bergurau sambil berjalan pulang ke rumah seperti biasa.

   Parah hatinya. Tidak dapat dilupakan muka Hisham yang datang merayu-rayu meminta maaf di pintu rumahnya pada ketika itu. Jangan katakan  memandang, menjelingpun dia tidak sudi. Bukan sebab dia menyalahkan ketentuan Allah. Tapi sebagai manusia layakkah Hisham mendapat maaf darinya. Memandu dalam keadaan mabuk, kecuaian yang sangat-sangat besar. Bukan sahaja membahayakan diri sendiri malahan menyebabkan kematian orang lain. Ahh lelaki seperti Hisham apa yang dia tahu hanyalah menyusahkan orang lain. Melututlah sampai lutut bengkakpun tidak sedikitpun mebuatkan hatinya tersentuh. Siapa yang akan memaafkan orang seperti itu. Huh!!! Hisham lelaki yang tidak pernah mahu berubah. Dulu, kini dan selamanya hanya begitulah sikapnya. Tidak  pernah nak menyenangkan orang..  Pentingkan diri sendiri, suka berlagak dan panas baran. Harapkan rupanya sahaja yang agak kacak tapi hati hitam umpama arang.  Arangpun ada gunanya lagi huh!!!.

   Peristiwa semasa di sekolah menengah semasa dia  di tingkatan dua  bermain difikirannya. Ketika itu dia masih lagi punya ayah dan ibu. Bersekolah dan sekelas dengan Hisham yang sering menarik perhatian ramai sedikit menggugat  naluri kewanitaannya. Hisham jejaka kacak yang bergaya dan mempunyai latar belakang keluarga dari golongan berada sering sahaja mencuri tumpuan gadis di sekolahnya. Bertukar teman wanita seperti menukar baju. Sering melawan guru namun begitu pelajarannya tidak pula terjejas. 

   Ingatannya beralih pada ketika Hisham memalukan dirinya. Gara-gara dicabar oleh seorang teman, Hisham sanggup memainkan perasaannya.Memikat hati gadisnya sehingga dia terpikat dan setelah itu meninggalkannya dengan memberitahu bahawa dia tidak layak. Wanita miskin yang kotor, busuk dan selekeh di khalayak ramai. Tidak tahu mana hendak disorok mukanya pada ketika itu. Dia sedar siapa dirinya. Semenjak kejadian itu dia menjadi seorang yang pendiam. Malu hendak bergaul dengan orang lain. Hanya Suhana yang sering menemaninya ke mana-mana. Kadang-kadang, apabila dia berjalan, segelintir perempuan menutup hidung tanda mengejek. Hisham…..Hisham…nama yang sering menyakitkan dan melukakan hatinya. Hisham, nama yang akan menerima setiap kesakitan yang telah dirasaikannya. Tunggulah Hisham, aku akan memastikan engkau tersiksa sebagaimana engkau mebuatkan aku rasa tersiksa. Dendam aku tidak akan padam.

Sunday, 27 May 2012


PROLOG  (KASIHKU MILIKMU)

Laut yang terbentang luas di hadapannya di pandang sepi. Mengapa hati ini kosong. Semenjak arwah isterinya pergi meninggalkannya  2 tahun lalu hidupnya sepi. Kelihatan beberapa orang pengunjung sedang berjalan di tepi pantai pada masa itu. Matanya  yang kosong memandang aksi beberapa pasangan yg berjalan berpimpinan tangan. Ohh bahagianya mereka. Sungguh berseri-seri muka pasangan tersebut. Biasalah sedang dilanda cinta agaknya.  Berpimpinan tangan, saling mencuri pandang dengan perasaan cinta yang seluas lautan dan juga kadang-kadang berkucupan mesra. 


Teringat peristiwa  setahun sebelum isterinya meninggal dunia. Mereka berbulan madu di tepi pantai. Suasana yang romantik menambahkan lagi seri di wajah isterinya. Sungguh bahagia sungguh hatinya pada masa itu. Bermain air di laut  bersama-sama. Wajah isterinya yang putih itu kelihatan kemerah-merahan akibat sinaran matahari. Geram sungguh dia melihatnya lalu dengan pantas dia mengucup pipi isteri kesayangannya itu. Terjerit manja isterinya.


“Abang..Anis malulah. Tengok tu orang semua dah pandang Anis tau. Kita bukannya dekat bilik. Kalau dekat bilik tu jangan kata abang nak cium nak buat lebih dari itupun Anis rela. Abangkan tahu Anis sayang sangat pada abang. Hanya abang yang Anis ada. Anis dah takde sapa-sapa lagi dalam dunia ni kecuali suami Anis yang tersayang ni tau. Tengok bang kat sana tu. “ Tiba-tiba pipi Arie terasa panas akibat dikucup Anis. Selepas itu Anis berlari pantas meninggalkannya.


“Anis nakal yee!!!nak kena ni. Tunggulah kalau abang dapat tangkap Anis nanti. Siap!!” Arie mengejar Anis yang sudah berlari meninggalkannya. Laju juga isterinya itu berlari. Terpukau matanya melihat rambut isterinya yang panjang mengurai itu berterbangan ditiup angin. Ermm tengah berlaripun nampak macam manja je isteri aku ni. Ni yang buatkan hati bertambah geram ni.
“Kejarlah Anis kalau abang buleh. Anis ni juara pecut 100 meter tau.” Anis berlari laju meninggalkan suaminya di belakang.’


“Jagalah Anis..abangpun juara juga tau.” Eh aku nie juara apa pula. Bukan pernah menang apa-apapun. Kalau kat sekolah dulu rasanya dia yang paling malas nak bersukan. Nasib baik juga walaupun malas tapi badannya buleh dikategorikan sasa juga. Ahaks ..sasa ke aku ni? Sasau adalah ni. Opss haa dah tahu juara apa..juara menerkam..aum!!! semakin laju Arie berlari mengejar isterinya namun ternyata dia kalah.
“Aduh!! Anis abang terpijak ranting ni. Sakitnya kaki abang ni. Anis tolong abang  sayang. Kaki abang dah berdarah ni.” Tanpa membuang masa dilihatnya Anis berlari mendapatkkannya. 


“Abang mana yang sakit bang?’ Isterinya itu sudah seperti hendak menangis. Matanya sudah kelihatan berair. Tangannya pula sibuk memegang kaki Arie yang hanya berseluar pendek itu. Mujur juga pada masa itu bukan masa cuti jadi tidak  ramailah pengunjung yang ada.
Dengan pantas Arie menarik isterinya ke dalam pelukannya. Haruman lavender dari tubuh isterinya itu membuatkan jiwa lelakinya berkocak hebat. Walaupun sudah hampir setahun mereka berkahwin perasaan lelakinya bergetar hebat setiap kali berada berhampiran isterinya. Nak buat macam mana , isterinya itulah wanita yang paling disayanginya seumur hidup. Mulutnya mengucup mata isterinya yang sudah melelehkan air mata.


“Erm…isteri abang ni menangis ke? Abang baru jatuh jelah sayang , bukannya abang tinggalkan sayang. Sayang kan tahu abang sayang sangat dengan sayang. Sampai mati hanya sayang sahaja yang berada di dalam hati abang.” 


 Perlahan- lahan dia mengucup pula ke dua belah pipi isterinya. Pelukannya dieratkan.  Membiarkan isterinya menangis di dalam pelukannya. Begitulah isterinya, manja, comel  dan juga ayu. Beruntung sungguh rasanya dia mempunyai isteri yang sebegitu. Bila manjanya datang rasa macam nak diangkat-angkat terus ke atas katil. Kadang-kadang tak sempat ke katil di sofa pun jadi. Isterinya yang sentiasa melayan kerenahnya.


“Anis..abang tak apa-apalah. Abang tipu je. Dah Anis lari laju sangat. Abang penatlah nak kejar sayang. Anispun tahu abang ni bukan juara berlari macam sayang tapi kalau benda lain memang abang juara. Contohnya juara  menakluki hati sayang, juara membelai sayang, juara memuaskan sayang. Oppss!! Sorry sayang abang dah terkeluar ayat-ayat gatal ni. Tapikan sayang abang memang sengaja keluarkan  ayat-ayat gatal tu.” Semakin merah pipi isterinya. Bergetar hebat dadanya ketika itu. Tanpa disangka dia mencempung tubuh isterinya yang comel itu. Dibisikkan halus di telinga isterinya. 


“Abang dah tak tahanlah sayang. Jomlah temankan abang ke bilik. Dah tak sanggup lagi nak berpanas kat sini. Bilikkan sejuk ada aircond. Anis temankan abang ye.”  Berlari dia mencempung isterinya menuju ke bilik hotel mereka. Pekerja hotel memandang dengan hairan. 


“Maaf ye isteri saya tak sihat ni, tu yang berdukung. Tiba-tiba pula kaki dia cramp.” Tergocoh-gocoh dia ke lif. Erm..kaki cramp ke kau yang dah cramp Arie..


Jeritan kanak-kanak bermain di situ menyedarkannya. Ohh kenangan yang indah. Tanpa disedari air matanya mengalir. Semoga engkau berbahagia di sana isteriku. Abang akan sentiasa mengingati  Anis sehingga ke akhir hayat abang. Lagu ku ingin kamu kedengaran dari radio salah seorang pengunjung  yang berkelah. Baris-baris lirik lagu yang didengarkannya itu membuatkan hatinya bertambah pilu..


Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas…