PROLOG (KASIHKU MILIKMU)
Laut yang
terbentang luas di hadapannya di pandang sepi. Mengapa hati ini kosong.
Semenjak arwah isterinya pergi meninggalkannya
2 tahun lalu hidupnya sepi. Kelihatan beberapa orang pengunjung sedang
berjalan di tepi pantai pada masa itu. Matanya
yang kosong memandang aksi beberapa pasangan yg berjalan berpimpinan
tangan. Ohh bahagianya mereka. Sungguh berseri-seri muka pasangan tersebut.
Biasalah sedang dilanda cinta agaknya.
Berpimpinan tangan, saling mencuri pandang dengan perasaan cinta yang
seluas lautan dan juga kadang-kadang berkucupan mesra.
Teringat
peristiwa setahun sebelum isterinya
meninggal dunia. Mereka berbulan madu di tepi pantai. Suasana yang romantik
menambahkan lagi seri di wajah isterinya. Sungguh bahagia sungguh hatinya pada masa
itu. Bermain air di laut bersama-sama.
Wajah isterinya yang putih itu kelihatan kemerah-merahan akibat sinaran
matahari. Geram sungguh dia melihatnya lalu dengan pantas dia mengucup pipi
isteri kesayangannya itu. Terjerit manja isterinya.
“Abang..Anis
malulah. Tengok tu orang semua dah pandang Anis tau. Kita bukannya dekat bilik.
Kalau dekat bilik tu jangan kata abang nak cium nak buat lebih dari itupun Anis
rela. Abangkan tahu Anis sayang sangat pada abang. Hanya abang yang Anis ada.
Anis dah takde sapa-sapa lagi dalam dunia ni kecuali suami Anis yang tersayang
ni tau. Tengok bang kat sana tu. “ Tiba-tiba pipi Arie terasa panas akibat
dikucup Anis. Selepas itu Anis berlari pantas meninggalkannya.
“Anis nakal
yee!!!nak kena ni. Tunggulah kalau abang dapat tangkap Anis nanti. Siap!!” Arie
mengejar Anis yang sudah berlari meninggalkannya. Laju juga isterinya itu
berlari. Terpukau matanya melihat rambut isterinya yang panjang mengurai itu
berterbangan ditiup angin. Ermm tengah berlaripun nampak macam manja je isteri
aku ni. Ni yang buatkan hati bertambah geram ni.
“Kejarlah
Anis kalau abang buleh. Anis ni juara pecut 100 meter tau.” Anis berlari laju
meninggalkan suaminya di belakang.’
“Jagalah
Anis..abangpun juara juga tau.” Eh aku nie juara apa pula. Bukan pernah menang
apa-apapun. Kalau kat sekolah dulu rasanya dia yang paling malas nak bersukan.
Nasib baik juga walaupun malas tapi badannya buleh dikategorikan sasa juga.
Ahaks ..sasa ke aku ni? Sasau adalah ni. Opss haa dah tahu juara apa..juara
menerkam..aum!!! semakin laju Arie berlari mengejar isterinya namun ternyata
dia kalah.
“Aduh!! Anis
abang terpijak ranting ni. Sakitnya kaki abang ni. Anis tolong abang sayang. Kaki abang dah berdarah ni.” Tanpa
membuang masa dilihatnya Anis berlari mendapatkkannya.
“Abang mana
yang sakit bang?’ Isterinya itu sudah seperti hendak menangis. Matanya sudah
kelihatan berair. Tangannya pula sibuk memegang kaki Arie yang hanya berseluar
pendek itu. Mujur juga pada masa itu bukan masa cuti jadi tidak ramailah pengunjung yang ada.
Dengan
pantas Arie menarik isterinya ke dalam pelukannya. Haruman lavender dari tubuh
isterinya itu membuatkan jiwa lelakinya berkocak hebat. Walaupun sudah hampir
setahun mereka berkahwin perasaan lelakinya bergetar hebat setiap kali berada
berhampiran isterinya. Nak buat macam mana , isterinya itulah wanita yang
paling disayanginya seumur hidup. Mulutnya mengucup mata isterinya yang sudah
melelehkan air mata.
“Erm…isteri
abang ni menangis ke? Abang baru jatuh jelah sayang , bukannya abang tinggalkan
sayang. Sayang kan tahu abang sayang sangat dengan sayang. Sampai mati hanya
sayang sahaja yang berada di dalam hati abang.”
Perlahan- lahan dia mengucup pula ke dua belah
pipi isterinya. Pelukannya dieratkan.
Membiarkan isterinya menangis di dalam pelukannya. Begitulah isterinya,
manja, comel dan juga ayu. Beruntung
sungguh rasanya dia mempunyai isteri yang sebegitu. Bila manjanya datang rasa
macam nak diangkat-angkat terus ke atas katil. Kadang-kadang tak sempat ke
katil di sofa pun jadi. Isterinya yang sentiasa melayan kerenahnya.
“Anis..abang
tak apa-apalah. Abang tipu je. Dah Anis lari laju sangat. Abang penatlah nak
kejar sayang. Anispun tahu abang ni bukan juara berlari macam sayang tapi kalau
benda lain memang abang juara. Contohnya juara
menakluki hati sayang, juara membelai sayang, juara memuaskan sayang.
Oppss!! Sorry sayang abang dah terkeluar ayat-ayat gatal ni. Tapikan sayang
abang memang sengaja keluarkan ayat-ayat
gatal tu.” Semakin merah pipi isterinya. Bergetar hebat dadanya ketika itu. Tanpa
disangka dia mencempung tubuh isterinya yang comel itu. Dibisikkan halus di
telinga isterinya.
“Abang dah
tak tahanlah sayang. Jomlah temankan abang ke bilik. Dah tak sanggup lagi nak
berpanas kat sini. Bilikkan sejuk ada aircond. Anis temankan abang ye.” Berlari dia mencempung isterinya menuju ke
bilik hotel mereka. Pekerja hotel memandang dengan hairan.
“Maaf ye
isteri saya tak sihat ni, tu yang berdukung. Tiba-tiba pula kaki dia cramp.” Tergocoh-gocoh
dia ke lif. Erm..kaki cramp ke kau yang dah cramp Arie..
Jeritan
kanak-kanak bermain di situ menyedarkannya. Ohh kenangan yang indah. Tanpa
disedari air matanya mengalir. Semoga engkau berbahagia di sana isteriku. Abang
akan sentiasa mengingati Anis sehingga
ke akhir hayat abang. Lagu ku ingin kamu kedengaran dari radio salah seorang
pengunjung yang berkelah. Baris-baris
lirik lagu yang didengarkannya itu membuatkan hatinya bertambah pilu..
Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku
Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Kuingin kau jadi milikku
Kuingin kau disampingku
Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta
Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku
Kuingin engkau menjadi milikku
Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…
Sentuhanmu
Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa
Di setiap arung gerak
Tersimpan di hati kecilku
Bahwa dirimu terindah untukku
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu
Selama ku masih bisa bertahan
Selama ku masih bisa bernapas…