BAB 1
Nana memandang sepi ke arah pemandangan malam
yang luas terbentang di hadapannya. Rasanya sudah puas dia mengalirkan air mata
namun peristiwa sebulan lalu masih lagi bermain-main difikirannya. Hanya dengan
satu kelalaian manusia habis kegembiraannnya ditarik sekelip mata. Siapa yang
tidak bersedih dengan berita yang amat memeranjatkan itu. Adik kesayangannya
telah dilanggar oleh seorang pemabuk. Bukan dia tak kenal orang yang melanggar
adik kesayangannya itu tapi apa nak buat takdir telah menetapkan ketentuan
adiknya begitu. Dia redha dalam terpaksa. Hisham, lelaki melayu, beragama Islam
lagi melanggar adiknya ketika adiknya baru sahaja pulang dari kelas tambahan.
Punah harapannnya untuk melihat adiknya berjaya dalam pelajaran dan seterusnya
menjadi insan yang berguna dan mengubah hidup mereka. Mentang-mentanglah Hisham itu anak orang
kenamaan dengan mudah dia dibebaskan. Bagaimana nasib insan-insan yang
teraniaya sepertinya. Dengan kuasa duit semuanya buleh dibeli pada zaman
sekarang ini.
Mayat adiknya yang terperosok di bawah
kereta Mercedes itu betul-betul memilukan hatinya. Wajah yang setiap hari
diusap dan dibelai penuh kasih sayang itu sudah tidak seperti yang asal.
Adiknya baru sahaja berumur 15 tahun dan
akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Baru sahaja merasai
kemanisan hidup di atas dunia ini tapi begitu awal dijemput Ilahi. Terbayang kembali saat-saat mayat adiknya
dikeluarkan dari bawah kereta. Dengan tengkorak kepalanya yang sedikit pecah
dan muka yang penuh dengan darah. Kaki adiknya pula berlipat. Perut adiknya
juga pecah dan dia juga ternampak usus adiknya yang terkeluar dari perut yang
koyak. Luluh air matanya. Jantungnya lantas berdegup kencang. Dugaan apakah
yang menduganya. Adik kesayangannya pergi meninggalkannya dengan cara yang amat
menyayat hati. Pandangannya tiba-tiba menjadi gelap -segelapnya.
Sedar-sedar dirinya sudah berada di
hospital. Selama sehari semalam dia pengsan tidak sedarkan diri. Mayat adiknya
diuruskan oleh pihak hospital memandangkan mereka berdua anak yatim piatu. Entah
bila agaknya mayat adiknya dikebumikan diapun tidak tahu. Keluar sahaja dari
hospital, kawannya Suhana telah membawanya ke tanah perkuburan adiknya. Hanya
lelehan air mata yang mampu keluar. Setelah ayah dan ibu meninggal dalam
kemalangan, kini giliran adiknya pula dijemput Ilahi. Ya Allah mengapa engkau
tidak menarik sahaja nyawaku ini. Apa lagi yang mampu aku sandarkan untuk
meneruskan kehidupanku. Jika tidak kerana Suhana temannya, Sudah pasti dia
tidak mampu bertahan lama. Rupanya dia masih ada Suhana teman sepermainannya
semasa kecil dan sekarang mereka bekerja bersama-sama.
“Mak..ayah..maafkan Nana . Nana tak mampu
hendak menunaikan amanat mak dah ayah. Nana anak yang tidak berguna. Adik
seorangpun Nana tak mampu nak jaga. Nana betul-betul tak sangka begini jadinya.
Tapi Nana rasa bukan Nana yang bersalah dalam perkara ini. Hisham yang salah.
Dia mabuk! Dia langgar adik tanpa rasa bersalah. Nana berazam, Nana akan sengsarakan hidup Hisham
. Dia akan menderita seperti mana menderitanya Nana ditinggalkan satu-satunya
adik kesayangan Nana. Kematian Dila akan Nana balas. Penderitaan akan dibalas
dengan penderitaan. Tunggulah Hisham. Dari dulu kau tidak pernah puas menganggu
kehidupan aku. Aku akan pastikan kau menderita. Kau akan merasai apa yang aku
rasa. Tunggulah.“
Sehari sebelum kejadian malang itu adiknya
pernah memberitahu ingin makan kek di secret resepi namun harapan
yang satu itu tidak dapat ditunaikan. Adiknya pergi sebelum dapat merasai kek
yang bakal dibelinya. Dia tidak mengambil adiknya pada masa itupun sebab
bekerja lebih masa untuk menunaikan hajat adiknya itu. Namun hajat adiknya
tetap tidak dapat ditunaikan. Sia-sia
dia bekerja lebih masa pada hari itu. Kalaulah dia tahu kesibukkannya bakal membuatkan
dia kehilangan adik kesayangannya, pasti dia tidak ingin bekerja lebih masa
pada masa itu. Akan dijemput adiknya seperti biasa. Mereka akan bergurau sambil
berjalan pulang ke rumah seperti biasa.
Parah hatinya. Tidak dapat dilupakan muka
Hisham yang datang merayu-rayu meminta maaf di pintu rumahnya pada ketika itu.
Jangan katakan memandang, menjelingpun
dia tidak sudi. Bukan sebab dia menyalahkan ketentuan Allah. Tapi sebagai
manusia layakkah Hisham mendapat maaf darinya. Memandu dalam keadaan mabuk,
kecuaian yang sangat-sangat besar. Bukan sahaja membahayakan diri sendiri
malahan menyebabkan kematian orang lain. Ahh lelaki seperti Hisham apa yang dia
tahu hanyalah menyusahkan orang lain. Melututlah sampai lutut bengkakpun tidak
sedikitpun mebuatkan hatinya tersentuh. Siapa yang akan memaafkan orang seperti
itu. Huh!!! Hisham lelaki yang tidak pernah mahu berubah. Dulu, kini dan selamanya
hanya begitulah sikapnya. Tidak pernah
nak menyenangkan orang.. Pentingkan diri
sendiri, suka berlagak dan panas baran. Harapkan rupanya sahaja yang agak kacak
tapi hati hitam umpama arang. Arangpun
ada gunanya lagi huh!!!.
Peristiwa semasa di sekolah menengah semasa
dia di tingkatan dua bermain difikirannya. Ketika itu dia masih
lagi punya ayah dan ibu. Bersekolah dan sekelas dengan Hisham yang sering
menarik perhatian ramai sedikit menggugat
naluri kewanitaannya. Hisham jejaka kacak yang bergaya dan mempunyai
latar belakang keluarga dari golongan berada sering sahaja mencuri tumpuan
gadis di sekolahnya. Bertukar teman wanita seperti menukar baju. Sering melawan
guru namun begitu pelajarannya tidak pula terjejas.
Ingatannya beralih pada ketika Hisham
memalukan dirinya. Gara-gara dicabar oleh seorang teman, Hisham sanggup
memainkan perasaannya.Memikat hati gadisnya sehingga dia terpikat dan setelah
itu meninggalkannya dengan memberitahu bahawa dia tidak layak. Wanita miskin
yang kotor, busuk dan selekeh di khalayak ramai. Tidak tahu mana hendak
disorok mukanya pada ketika itu. Dia sedar siapa dirinya. Semenjak kejadian itu
dia menjadi seorang yang pendiam. Malu hendak bergaul dengan orang lain. Hanya
Suhana yang sering menemaninya ke mana-mana. Kadang-kadang, apabila dia
berjalan, segelintir perempuan menutup hidung tanda mengejek.
Hisham…..Hisham…nama yang sering menyakitkan dan melukakan hatinya. Hisham,
nama yang akan menerima setiap kesakitan yang telah dirasaikannya. Tunggulah
Hisham, aku akan memastikan engkau tersiksa sebagaimana engkau mebuatkan aku
rasa tersiksa. Dendam aku tidak akan padam.