Bab 4.
Nana memandang bangunan di hadapannya. Maju Mewah Holding.
Besar sungguh bangunan ni. Nama syarikat yang terpampang di atas bangunan
tersebut sudah melambangkan keteguhan syarikat tersebut. Nana melajukan
langkahnya menuju ke dalam bangunan. Dia membetulkan baju yang dipakainya.
Kasut yang bertumit rendah serta rambutnya hanya bertocang satu. Tanpa solekan.
Jawatan yang dipohon hanyalah sebagai seorang tukang bersih. Apalah yang hendak
dihairankan dengan penampilan diri. Nanti kena pakai apron dan pegang mop
ataupun penyapu. Tiada siapa yang akan melihatnya. Dia perlu menghadiri
temuduga di tingkat 5 dan berjumpa dengan Puan Hanisah. Nak bekerja sebagai
cleanerpun memerlukan temuduga kata hatinya. Zaman sekarang pelajaran memang
sangat penting rasanya.
Sebaik sahaja kakinya masuk kedalam lif yang kosong tiba-tiba ada suara yang menjerit.
“Hei!!wait for me”
Dengan pantas Nana menekan butang di lif tersebut untuk
menunggu lelaki yang menjerit kepadanya tadi. Lelaki tersebut dengan pantas
masuk ke dalam lif. Dengan tubuh badan yang agak tinggi, berkumis halus dan
mempunyai muka yang berbentuk ternyata lelaki tersebut bukan calang-calang
orang. Pakaiannya juga kemas dan berkot serta berkasut mahal. Ditangannya pula
memegang briefcase. Bos agaknya.
“Thank you. Do you work here?”
Lelaki itu menekan butang lif tingkat 5. Nasib baik sama
hala . Kalau tidak payah juga dia hendak menekan butang tersebut kerana lelaki
tersebut sudah menghalang laluannya.
“Same place?”
“Err..errr ..yess
same place . I come to interview.” Ah..balun jelah..aku bukannya pandai
sangat nak speaking. Muka lelaki yang seakan-akan muka hero hindustan
kesayngannya, Saif Khan itu dipandang tanpa berkelip mata. Makhluk tuhan yang
paling kacak yang pernah dia nampak.
“Ohh nak interview. Ingatkan kerja kat sini. Saya Haris. Bos
kat sini. Nak interview jawatan apa ni?”
Haris bertanya sambil memandang muka wanita di hadapannya. Wajah yang
agak comel, rambut panjang diikat ekor kuda dan berkulit putih.
“My taste.”
“Apa encik? “
Nana bertanya pelik. Wajah lelaki dihadapannya
ditatap tajam.
“Nothing..awak nak interview jawatan apa ni?”
Haris bertanya
lagi. Saja je nak berbual dengan awek dihadapannya ni. Nampak macam orang kampung.
Walaupun ringkas tapi masih mempunyai daya penarik. Orang kata ayam kampung
walaupun kampung tapi lebih mahal dari ayam bandar. Lebih bagus dan berkhasiat.Sama
macam orang kampong, masih suci dari wanita Bandar yang rata-ratanya sudah
tercemar dengan arus kehidupan di kota dan dia juga salah satu penyebab kepada
pencemaran tersebut.
“Cleaner.”
Malas lak aku nak jawab soalan lelaki ni. Nampak
je handsome tapi muka macam anakonda je. Anakonda makan orang ni. Tengok mukapun dah semacam. Pandang
orang macam nak telan. Nasib juga muka tu kacak kalau betul-betul muka ular
rasanya memang sudah mati dia dibelit agaknya. Hidup di Bandar ni kena
berhati-hati. Begitulah kata temannya, Suhana.
“Okay dah sampai. Turun sini juga kan? Jom.”
Haris keluar dari lif dan bergerak
menuju masuk kedalam sebuah bilik yang tertera namanya di pintu.
Nana pula melajukan langkahnya. Kelihatan ada beberapa orang
lain juga sedang menunggu di sofa yang disediakan di sebuah bilik di situ.
Masing-masing memegang fail. Terasa geli dihatinya apabila mengingatkan jawatan
yang dipohonnya. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia memohon jawatan di
sebuah syarikat. Kalau diikutkan hatinya memang malas nak pergi tapi setelah
didesak oleh Suhana, dia gagahkan juga. Kata Suhana kerja di sini lebih bagus,
masa balik dan pergi teratur. Tidak perlu membuat overtime dan ada juga klinik
panel ketika dia sakit. Bekerja di kilang papan tempat lamanya sudahlah
berhabuk, gaji pula tidak setimpal. Jika difikir-fikir betul juga kata Suhana.
Tak rugipun dia mencuba. Tiba-tiba seorang wanita masuk ke dalam bilik
tersebut.
“Okay semua, saya Puan Hanisah. Pejabat perlukan 3 orang
cleaner , Tugasnya bukan sahaja mngemas dan membersih tetapi juga kamu perlu
menyediakan makanan dan minuman ketika meeting. Kamu akan ditemuduga oleh Encik
Haris dan juga cik Sherene. Sekejap ye, nanti nama kamu akan dipanggil.”
Seorang demi seorang dipanggil dan akhirnya nama Nana
dipanggil masuk. Berdebar hatinya kerana inialah pertama kali dia akan
ditemuduga. Tersenyum bibirnya tatkala memikirkan yang dia akan ditemuduga
untuk jawatan cleaner. Dia mengetuk pintu sebelum masuk dan akhirnya kelihatan
Haris dan juga seorang wanita cina yang agak seksi di dalam bilik tersebut.
“Selamat pagi tuan, cik. Nama saya Nanatul Karina binti Hamdan. Berumur 27 tahun. Ni
profile saya.”
Fail yang mengandungi profilenya di berikan kepada Haris.
Haris mengambilnya sambil tersenyum manis. Kau
senyumlah sampai kena kencing manispun hati aku ni tahan tau. Mukapun
gatal semacam. Ishh seram aku tengaok muka si Haris ni. Dah macam kucing jantan
miang nak cari mangsa saja.
“Nanatul Karina binti Hamdan.Bersekolah di Sekolah Tinggi
Kluang setakat tingkatan 4. What a small world. Sayapun dulu sekolah kat sana.
Jangan kata awak ni Nana kan. Ingat saya lagi tak? Kawan baik Hisham.”
Mendengarkan nama Hisham hati Nana menjadi pilu. Tapi
ditekadkan hatinya dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.
“Maaflah Encik Haris saya tak ingatlah. “ Nana berkata
sambil memandang muka Haris. Rupa-rupanya inilah kawan yang bersubahat dengan
Hisham memalukannya dulu. Patutlah sama je perangai. Bertambah menyampah dia
melihat muka Haris namun mukanya cuba disenyumkan manis. Dia Nampak Haris
menghulurkan fail yang dipegangnya kepada Sherene. Wanita itu mebelek-belek
fail tersebut dan kemudiannya diberikan semula kepada Haris.
“Okay Nana. Sherene suka dengan Nana. Yang penting Nana kena
buat betul-betul kerja ni. Walaupun just a cleaner tugas tetap tugas. Nanti
keputusan kami akan berikan selewat-lewatnya minggu depan. Nana buleh keluar
sekarang.”
Sherene berkata kepada Nana dengan suara yang agak tegas.
Baginya setiap kerja mesti dilakukan dengan sempurna. Dia tidak suka orang yang
bekerja sambil lewa dan tidak menepati piawaian. Bukan sekali dua cleaner
merangkap tea leader di pejabat itu bertukar orang. Gara-gara pekerja yang
tidak berdedikasi, daaing lambat dan juga tidak melakukan kerja dengan baik.
Pernah sekali semasa mesyuarat air yang
dihidangkan tidak buleh diminum kerana rasanya yang semacam. Ini menimbulkan
imej yang tidak baik pada syarikat mereka.
“Terima kasih cik. Saya pergi dulu.”
Nana memulakan langkah untuk keluar. Fail yang dihulurkan
oleh Haris diambilnya dan sebuah senyuman diberikan kepada Haris. Baginya
senyuman Haris tak ubah seperti senyuman seorang playboy. Kerang senyumpun lagi
menarik rasanya dari senyuman Haris. Macam mempunyai niat yang tidak baik saja.
Hai..tadi dia bayangkan senyuman Haris macam kucing jantan miang sekarang lain
pula. Betullah kalau hati dah benci tu gulapun buleh rasa masin getus hati
Nana.
“So apa pendapat you dear.”
Sherene berkata manja kepada
Haris. Walaupun mereka bekerja di dalam satu pejabat tapi mereka juga mempunyai
hubungan yang agak istimewa. Bagi Sherene, Haris merupakan teman, kekasih dan
juga rakan pejabat yang baik. Mereka telah membuat perjanjian, perhubungan
tanpa ada ikatan dan juga selama mereka berhubungan mereka bebas untuk
melakukan perhubungan dengan orang lain juga. Sherene memandang Haris yang
kelihatan seperti termenung.
“Hei, berangan!!!. Sherene sedikit menjerit untuk
menyedarkan Haris. Tangannya sudah mula menampar manja lengan Haris.
“Ohh..nothing dear. I rasa macam kenallah awek tadi. Kawan
sekolah I tu rasanya. So apa kata I
ambil dia. Okey tak?” Haris memandang Sherene meminta pengesahan.
“I okey je. Ada lagi 2 orang tadi. Nanti kita buat surat
lantikan okey. You kenal kat mana minah tu?”
Sherene bertanya untuk mendapatkan kepastian dari Haris.
Setahunya Haris memang dari dulu seorang playboy. Dia merupakan anak angkat
papanya setelah keluarganya meninggal dalam kemalangan kereta pada satu masa
dahulu. Satu kemalangan ngeri yang menyebabkan kematian. Sebuah bas
perlancongan dan juga beberapa kenderaan lain. Antara penumpang di dalam bas
tersebut ialah keluarga Haris dan juga Haris sendiri. Selepas kejadian itu dia
dijaga oleh adik keluarga sebelah ayahnya yang meninggal dunia yang kebetulan
juga bekerja sebagai pemandu dalam keluarganya. Perwatakkan Haris yang agak bijak dan pandai
mengambil hati amat disukai oleh ayahnya yang ketika itu tidak mempunyai anak
lelaki. Segala belanja persekolahan ditanggung oleh ayahnya. Haris amat pandai
dan bijak mengambil hati ayahnya. Perwatakkan Haris yang bersahaja itu
menunjukkan seolah-olah tiada apa yang berlaku namun Sherene tahu semua itu
hanya di luaran. Hakikatnya, hati Haris sangat sedih. Sebab itulah dia
mengambil jalan mudah dengan bersuka ria untuk menghilangkan rasa sedihnya.
Hati Haris masih tidak dapat melupakan kejadian yang meragut bukan saja ibu dan
bapanya tetapi juga adik lelaki kesayangannya. Walaupun ketika kejadian dia
hanya berumur 9 tahun namun ingatan terhadap kejadian itu masih segar dalam
ingatannya. Kejadian yang disebabkan oleh kelalaian seorang lelaki yang cuai
ketika memandu.Dengar cerita lelaki tersebut dibebaskan setelah membayar denda
sahaja.
“Ohh..minah tu kawan sekolah I dulu rasanya. Nanti you suruh
HR keluarkan surat. I nak keluar jumpa client sekejap. Apa-apa you call I kalau
penting okay.”
Haris keluar dari bilik tersebut. Fikirannya cuba ditumpukan
kepada seseorang. Yaa…Hisham yang konon-kononnya rakan baiknya tapi sebenarnya
bukan begitu. Hisham merupakan musuhnya. Orang yang paling dibencinya.
Mengingatkan Nana yang juga buah hati Hisham pada satu ketika dahulu hatinya
sudah bertekad untuk mengambil hati
Nana. Segala apa yang Hisham suka dia ingin mendapatkannya. Padanya Hisham
harus menerima pembalasan. Hati Nana mesti diambil dan dijadikan hak mutlaknya.
Memandang pada wajah Nana yang tidak ceria ketika dia menuturkan nama Hisham
dia pasti Nana pasti mengingatinya. Sekalipun Nana cuba memberikan senyuman
namun dia tahu hati Nana pilu. Ahh..pasti Nana menyangkakan Hisham yang
melukakan hatinya tapi sebenrnya dialah punca Hisham memutuskan perhubungan
mereka dulu. Haris tersenyum sendiri.