test

Saturday, 9 June 2012


BAB3
“Apa lagi yang kau nak Hisham? Benci tau aku tengok muka kau ni. Kalau aku kata aku tak nak, so maknanya taknaklah !! Kau ni tak faham bahasa melayu ke ataupun telinga kau ni dah pekak??” Nana menepis pergelangan tangannya yang dipegang oleh Hisahm dengan kuat. “And please jangan nak suka-suka je kau pegang-pegang tangan aku ni. Aku tak suka dan memang tak akan jadi suka kalau kau pegang tangan aku okey. Aku jijik dan geli dengan oarng macam kau. Sekalipun tinggal kau saja lelaki dalam dunia ni aku tetap tak akan jadikan kau sebagai kawan. Lebih baik aku kawan dengan monyet . Dahlah suka mabuk, berlagak, tak sedar diri. Pergilah ..jangan ganggu aku lagi. Maaf kau tu aku tak terima . Aku still tak dapat lupakan bagaimana keadaan adik aku sewaktu dikeluarkan dari bawah kereta kau. Dengan muka yang pecah, kaki yang berlipat. Kau memang syaitan bertopengkan manusia.  Dan sepatutnya sekarang ni aku sedang bersuka dan berbual dengan gembira bersama-sama dengan adik kesayangan aku tu. Kau tak tahu betapa pentingnya kehadiran dia dalam hidup aku. Tanpa dia aku ni umpama rumah yang tidak berbumbung. Pergi!!!!”

Mata Nana sudah terasa berair. Hatinya pula sudah mula bergetar menahan marah. Kalau ikutkan hatinya yang panas ingin saja dia melempang dan mencekik-cekik muka Hisham di hadapannya itu. Orang ramai dah mula memandang-mandang mereka.Kawasan parking tersebut sudah mula sibuk dengan manusia. Nana seperti sebiji bom yang akan meletop pada bila-bila masa sahaja.

“Please Nana... Hisham tahu Hisham salah tapi tak buleh ke Nana maafkan Hisham? Hisham dah menyesal sekarang.  Kalaulah nyawa Hisham ni buleh ditukar ganti dengan adik Nana tu Hisham rela nyawa Hisham bertukar ganti dengan adik Nana.  Setiap malam Hisham dihantui dengan peristiwa tersebut. Hisham betul-betul menyesal. Hisham minta maaf. Hisham sayangkan Nana.”

“Wei!!!kau dah gila ek? Apasal tiba-tiba kau keluarkan perkataan sayang pula ni. Bila masa pula aku sayangkan kau. Agaknya kepala otak kau ni dah mereng agaknya. Asyik  telan benda-benda haram sahaja sampaikan otakpun dah tak betul. Tolonglah Hisham jangan ganggu aku lagi. Aku tak buleh pandang muka kau. Aku benci!!!”

Namun sesaat Hisham mengeluarkan perkataan sayang itu dada Nana mulai bergetar. Terasa seperti mengalir aliran elektrik keseluruh badannya. Bukan kerana marah tetapi seolah-olah ada benda lain yang menyebabkan benda itu terjadi. Ahh aku tidak buleh terpedaya buat kali kedua. Hisham pembunuh dan orang yang dibunuhnya ialah adik kesayanganku. Aku mesti membalas dendam.Nana merasakan setiap perbuatan Hisham pada dirinya patut dibalas. Sudah hilang sikap lemah lembut dirinya. Yang dia tahu sekarang Hisham perlu dikecewakan.

“Nana!!!  Hisham serius ni. Hisham sayangkan Nana. Dari dulu lagi Hisham sayangkan Nana. Izinkan Hisham menjaga Nana sayang. Hisham ikhlas. Hisham sanggup buat apa sahaja untuk Nana. Hisham janji akan menjadi sebaik-baik suami. Nana maafkan Hisham ye?Hisham mengaku dulu Hisham bodoh. Hisham permainkan hati dan perasaan Nana pada masa dulu. Bukan begitu niat Hisham sebenarnya . Hisham buat sebab ego sayang. Hisham cintakan Nana. I love you.”

Kakinya menuju ke arah Nana. Entah apa yang merasuk dirinya diapun tidak mengerti. Di khalayak ramai itu dengan pantas tubuh Nana ditarik dan dipeluknya erat. Terasa nafas Nana mengenai di mukanya. Air mata Nana yang mengalir disapu dengan jarinya. Pelukannya semakin dieratkan seolah-olah di situ hanya mereka berdua sahaja yang ada. Tiba-tiba bunyi hon kereta menyedarkan mereka berdua. Nana tersentak dan cuba menolak tubuh Hisham yang memeluk dirinya. Entah kuasa apa yang datang dengan pantas pipi Hisham ditamparnya kuat. Terasa sakit sungguh telapak tangannya. Namun tidak pula Hisham memarahinya malahan tangan yang menampar pipi lelaki itu dipegang kejap oleh Hisham lalu diciumnya.

“I love you Nana..kalau Nana nak tampar ke, nak pukul ke, Hisham rela. Hisham sanggup diapa-apakan oleh Nana. Hisham tak tipu Nana lagi. Hati dan perasaan Hisham memang dari dulu lagi hanya untuk Nana. Kita kahwin ye. Tak kisahlah kalau Nana tak sanggup nak layan Hisham. Kita kahwin dulu. Hisham nak tebus semua kesalahan Hisham pada Nana. Hisham janji akan bahagiakan Nana seumur hidup Hisham . Please Nana ..Hisham merayu sangat-sangat pada Nana. Terimalah Hisham seadanya.”

Kenyataan Hisham membuatkan Nana terpinga-pinga. Seperti nak pengsanpun ada ni rasanya. Huh!!Hisham dari dulu sampai sekarang kalau bercakap tak pernah nak berfikir. Ikut suka hati dia saja. Tapi kalau aku kahwin dengan dia mesti aku buleh balas setiap duka yang telah dia torehkan di hati aku ni. Tapi kalau Hisham mahukan miliknya bagaimana. Sanggupkah dia menjalankan tanggungjawab yang satu itu kepada insan yang sangat-sangat dibencinya. Jangan katakana dibelai jika disentuh oleh jari Hishampun dia tidak sanggup. Dia benar-benar membenci lelaki yang bernama Hisham itu. Pandangan tajam mata Hisham bertemu dengan pandangan matanya. Hisham seorang lelaki yang berwajah kacukan. matanya sepet, rambutnya agak beralun lebat dan mempunyai kening yang agak memukau. Dadanya yang bidang dan juga tubuh badannya agak sasa. Mungkin kerana dulu aktif bersukan. Bentuk tubuh badan yang menjadi idaman wetiap wanita termasuk dirinya pada satu ketika dahulu. Tiba-tiba Hisham berdehem kuat. Lamunannya terhenti. dengan pantas dia membalas renungan Hisham dengan satu jelingan tajam.

“Nantilah aku fikirkan dulu. Bagi aku 2 minggu. Selama masa itu kau jangan kacau aku lagi. Aku tak suka. Sekiranya kau jumpa ataupun aku terlihat muka engkau dalam masa 2 minggu ni secara automatiknya jawapan aku ialah tidak. Faham!!!”

“Baiklah sayang..tapi sebelum tu izinkan abang hantar sayang dulu ye. Sayang nak pergi mana ni. Marilah abang hantarkan.”

“Eeee..tak sukalah bersayang-sayang ni. Terima kasih ajelah encik Hisham. Saya mampu lagi nak uruskan diri saya ni. Tak payahlah Encik Hisham nak hantar saya ke mana-manapun. Kalau nak kebulanpun saya buleh suruh Dato Syed Muzaffar Syukur yang hantar saya. “

“Buat apa nak suruh Dato Syed Muzaffar tu yang hantar..abangkan ada ni. Jangankan nak ke bulan kalau Nana nak ke mataharipun abang buleh hantarkan tapi bukan matahari yang panas tu sayang, kita ke matahari yang nyaman.”

“Mana ada matahari yang nyaman. Awak ni dah gila ek? Tadi bersayang-sayang ni berabang-abang pulak. Eiii kita ni sama umur tau. Takde maknanya nak berabang-abang dengan awak tu. “

“Adalah sayang…cuba sayang teka. Kalau tekaan sayang tepat nanti abang bagi hadiah istimewa untuk sayang. Kalau tak tepatpun abang bagi hadiah juga. Untuk sayang ni apapun abang sanggup bagi.”

Hisham tersenyum-senyum memandang Nana. Besar harapannya agar dapat menerima lamarannya sebagai suami. Dia ingin menebus segala kesilapannya pada Nana lebih-lebih lagi kerana kesilapannya yang menyebabkan adik Nana terbunuh. Wajah Nana yang sentiasa menjadi iagauannya satu ketika dulu dipandang. Mata Nana yang bulat dan bundar. keningnya yang agak lebat jelas terbentuk cantik walaupun. Walaupun tanpa solekan dan juga lipstik bibir itu kelihatan sungguh seksi dan menawan. Nana adalah wanita idamannnya sejak dari dulu lagi.

“Dahlah bencilah tengok muka awak ni. Takde masa saya nak main teka-teki dengan awak. Saya dah lambat ni. Ada hal mustahak harini. “ Nana cuba berlalu pergi dengan pantas. Dikerlingnya jam ditangannya tapi tiba-tiba hatinya jadi pilu. Air mata mengalir tanpa disedari. Jam pemberian terakhir dari adiknya membuatkan hatinya bertambah sayu. Mengapa kau pergi tanpa ucapan. Kakak tak sanggup hidup tanpamu adikku.

Terperanjat Hisham melihat Nana yang tiba-tiba menangis. Salah diakah yang menyebabkan Nana menangis. Melihat air mata Nana mengalir hatinya tiba-tiba menjadi sayu. Rasa kasih dan sayangnya pada Nana semakin bercambah. Ditariknya tangan Nana dan dibawa ke keretanya. Kunci ditekan dan diajaknya Nana masuk kedalam kereta Mercedesnya.Ternyata Nana seperti tidak menyedari bahawa dia telah berada di dalam kereta. Hisham mengambil peluang itu untuk membelai rambut Nana yang panjang itu. Wangian rambut Nana itu membuatkan dia lupa pada situasi yang sedang dilaluinya. Rambut itu dicium. Esakan Nana yang semakin kuat mengejutkan hisham dari perbuatannya.

“Kenapa ni Nana? Abang ada buat salah ke? Kalau ada abang minta maaf.” 

Nana yang mula tersedar terpinga-pinga memandang sekeliling. Serasanya tadi dia di kawasan letak kereta. Bila masa pula dia masuk dalam kereta si Hisham ni. Tangannya yang digenggam erat oleh Hisham cuba disentap kuat namun ternyata percubaanya hanya sia-sia. Hisham lelaki yang degil.Semakin kuat pula pegangan tangan Hisham pada tangannya apabila dia cuba menepis.

“Lepaskanlah!!! Suka-suka je nak pegang tangan orang. Awak ingat saya ni apa? Patung ke?”
"Eh sayang ni tadi menangis. Kita bawa masuk keretapun tak membantah . Ni tiba-tiba nak berangin pula dia. Nasib baik abang sayang..kalau abang melayang camna? Dahlah jomlah kita pergi matahari yang nyaman. Sejukkan hati Nana yang panas memanjang tu aje.”

“Kita nak ke mana ni. Awak jangan nak merapu-rapu nak bawa saya pergi matahari. Awak ni gila ke?”

“Yerlah kita pergi matahari. Tapi tempat matahari yang kita nak pergi ni dekat ja. Ikut abang ye?”

“Dahlah lepaskan tangan saya dulu. Sakitlah!!! Kemana awak nak bawa saya ni. Jangan mengarut buleh tak? Nak ke matahari konon. Saya campak awak kat dlm apipun dah lari agaknya. Lelaki kalau cakap memang betul lembut gigi dari lidah.”

Tiba-tiba Nana merasakan jarinya hangat. Memang sungguh tidak disangkanya Hisham sanggup menggigit jarinya. Walaupun tidak begitu kuat namun kesakitannya tetap terasa. gila ke ataupun Hisham ni sudah disampuk hantu. Tak pasal-pasal jarinya pula digigit. Nak hisap darahpun janganlah darah aku.

“Sakitlah!!awak ingat jari saya ni biskut ke suka-suka hati je nak menggigit. “

“Tadikan awak kata gigi saya lebih lembut dari lidah lepas tu awak komplain sakit pula. Haaa ternyata ayat awak tadi tu salah sayang. Dahlah jom kita pergi melawat matahari. Sejukkan hati awak yang memanjang panas je tu. Kita pergi Sunway lagoon. Kan matahari jalan tu .” 

Hisham tergelak besar apabila menuturkan kata-katanya. Gembira sungguh rasanya dapat berdua-duan dengan gadis pujaan hatinya pada hari ini. Tak kisahlah kalau Nana tak mahu menerima dirinya dengan ikhlas. Dia sanggup menunggu selagi hayatnya dikandung badan. Pengorbanan yang dilakukannya ini rasanya masih belum setimpal dengan apa yang telah dilalaui oleh gadis kesayangannya itu. Dari dulu lagi rasanya sudah tidak dapat dihitung luka yang telah dilakukan ke atas gadis kesayangannya itu. Wajah sayu Nana dipandangnya. Sayu wajah gadis itu. Wajah yang cantik itu kelihatan begitunsedih. Matanya yang bundar itu masih merah mungkin kesan dari menangis tadi. Walau apapun terjadi abang akan cuba melindungi dan menjaga hatimu sayang. Tidak akan abang izinkan walau sedikitpun hatimu terluka lagi. Ini janji abang. Tiba-tiba mata Nana memandangnya.

“Apa pandang-pandang orang ni. Hantarkan orang baliklah. Orang tak mahu pergi Sunway lagoon. Harini orang ada hal. Orang nak pergi interview kat satu company ni. Kalau lambat nanti tak diterima pula. Hantarkan je orang ke pusat bandar.”

“Nana ni kejap bahasakan aku, lepas tu Nana sekarang ni bahasakan orang pula. Macam-macamlah sayang abang ni. Okaylah abang hantar Nana ke pusat bandar okey. Nanti lepas 2 minggu abang jumpa Nana lagi. Fikirkan perkara ni betul-betul tau.“

Hisham meneruskan pemanduannya menghala ke pusat bandar. Diturunkannya Nana dan kemudian dia terus  meneruskan perjalanannya ke syarikat. Terasa girang hatinya dapat bertemu dengan kekasih hati. Apapun yang terjadi Nana akan tetap menjadi milikku. Akan kupastikan hatinya dan hatiku bersatu menjadi satu. Ya allah, kau kabulkanlah permintaanku yang satu ini. Sesungguhnya aku sentiasa alpa kepadamu namun aku berjanji mulai saat ini aku akan berubah menjadi  hambaMu yang terbaik. Amin~~