test

Monday, 11 June 2012


Bab 4.

Nana memandang bangunan di hadapannya. Maju Mewah Holding. Besar sungguh bangunan ni. Nama syarikat yang terpampang di atas bangunan tersebut sudah melambangkan keteguhan syarikat tersebut. Nana melajukan langkahnya menuju ke dalam bangunan. Dia membetulkan baju yang dipakainya. Kasut yang bertumit rendah serta rambutnya hanya bertocang satu. Tanpa solekan. Jawatan yang dipohon hanyalah sebagai seorang tukang bersih. Apalah yang hendak dihairankan dengan penampilan diri. Nanti kena pakai apron dan pegang mop ataupun penyapu. Tiada siapa yang akan melihatnya. Dia perlu menghadiri temuduga di tingkat 5 dan berjumpa dengan Puan Hanisah. Nak bekerja sebagai cleanerpun memerlukan temuduga kata hatinya. Zaman sekarang pelajaran memang sangat penting rasanya.
 Sebaik sahaja kakinya masuk kedalam lif yang  kosong tiba-tiba ada suara yang menjerit.

“Hei!!wait for me”

Dengan pantas Nana menekan butang di lif tersebut untuk menunggu lelaki yang menjerit kepadanya tadi. Lelaki tersebut dengan pantas masuk ke dalam lif. Dengan tubuh badan yang agak tinggi, berkumis halus dan mempunyai muka yang berbentuk ternyata lelaki tersebut bukan calang-calang orang. Pakaiannya juga kemas dan berkot serta berkasut mahal. Ditangannya pula memegang briefcase. Bos agaknya.

“Thank you. Do you work here?” 

Lelaki itu menekan butang lif tingkat 5. Nasib baik sama hala . Kalau tidak payah juga dia hendak menekan butang tersebut kerana lelaki tersebut sudah menghalang  laluannya.
“Same place?”

“Err..errr ..yess  same place . I come to interview.” Ah..balun jelah..aku bukannya pandai sangat nak speaking. Muka lelaki yang seakan-akan muka hero hindustan kesayngannya, Saif Khan itu dipandang tanpa berkelip mata. Makhluk tuhan yang paling kacak yang pernah dia nampak.

“Ohh nak interview. Ingatkan kerja kat sini. Saya Haris. Bos kat sini. Nak interview jawatan apa ni?”  
 Haris bertanya sambil memandang muka wanita di hadapannya. Wajah yang agak comel, rambut panjang diikat ekor kuda dan berkulit putih.
“My taste.”
“Apa encik? “
Nana bertanya pelik. Wajah lelaki dihadapannya ditatap tajam.

“Nothing..awak nak interview jawatan apa ni?” 

Haris bertanya lagi. Saja je nak berbual dengan awek dihadapannya ni. Nampak macam orang kampung. Walaupun ringkas tapi masih mempunyai daya penarik. Orang kata ayam kampung walaupun kampung tapi lebih mahal dari ayam bandar. Lebih bagus dan berkhasiat.Sama macam orang kampong, masih suci dari wanita Bandar yang rata-ratanya sudah tercemar dengan arus kehidupan di kota dan dia juga salah satu penyebab kepada pencemaran tersebut.

“Cleaner.” 

Malas lak aku nak jawab soalan lelaki ni. Nampak je handsome tapi muka macam anakonda je. Anakonda  makan orang ni. Tengok mukapun dah semacam. Pandang orang macam nak telan. Nasib juga muka tu kacak kalau betul-betul muka ular rasanya memang sudah mati dia dibelit agaknya. Hidup di Bandar ni kena berhati-hati. Begitulah kata temannya, Suhana.

“Okay dah sampai. Turun sini juga kan?  Jom.” 
Haris keluar dari lif dan bergerak menuju masuk kedalam sebuah bilik yang tertera namanya di pintu.

Nana pula melajukan langkahnya. Kelihatan ada beberapa orang lain juga sedang menunggu di sofa yang disediakan di sebuah bilik di situ. Masing-masing memegang fail. Terasa geli dihatinya apabila mengingatkan jawatan yang dipohonnya. Seumur hidupnya inilah kali pertama dia memohon jawatan di sebuah syarikat. Kalau diikutkan hatinya memang malas nak pergi tapi setelah didesak oleh Suhana, dia gagahkan juga. Kata Suhana kerja di sini lebih bagus, masa balik dan pergi teratur. Tidak perlu membuat overtime dan ada juga klinik panel ketika dia sakit. Bekerja di kilang papan tempat lamanya sudahlah berhabuk, gaji pula tidak setimpal. Jika difikir-fikir betul juga kata Suhana. Tak rugipun dia mencuba. Tiba-tiba seorang wanita masuk ke dalam bilik tersebut.

“Okay semua, saya Puan Hanisah. Pejabat perlukan 3 orang cleaner , Tugasnya bukan sahaja mngemas dan membersih tetapi juga kamu perlu menyediakan makanan dan minuman ketika meeting. Kamu akan ditemuduga oleh Encik Haris dan juga cik Sherene. Sekejap ye, nanti nama kamu akan dipanggil.”

Seorang demi seorang dipanggil dan akhirnya nama Nana dipanggil masuk. Berdebar hatinya kerana inialah pertama kali dia akan ditemuduga. Tersenyum bibirnya tatkala memikirkan yang dia akan ditemuduga untuk jawatan cleaner. Dia mengetuk pintu sebelum masuk dan akhirnya kelihatan Haris dan juga seorang wanita cina yang agak seksi di dalam bilik tersebut.

“Selamat pagi tuan, cik. Nama saya Nanatul  Karina binti Hamdan. Berumur 27 tahun. Ni profile saya.”

Fail yang mengandungi profilenya di berikan kepada Haris. Haris mengambilnya sambil tersenyum manis. Kau  senyumlah sampai kena kencing manispun hati aku ni tahan tau. Mukapun gatal semacam. Ishh seram aku tengaok muka si Haris ni. Dah macam kucing jantan miang nak cari mangsa saja.

“Nanatul Karina binti Hamdan.Bersekolah di Sekolah Tinggi Kluang setakat tingkatan 4. What a small world. Sayapun dulu sekolah kat sana. Jangan kata awak ni Nana kan. Ingat saya lagi tak? Kawan baik Hisham.”
Mendengarkan nama Hisham hati Nana menjadi pilu. Tapi ditekadkan hatinya dan berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

“Maaflah Encik Haris saya tak ingatlah. “ Nana berkata sambil memandang muka Haris. Rupa-rupanya inilah kawan yang bersubahat dengan Hisham memalukannya dulu. Patutlah sama je perangai. Bertambah menyampah dia melihat muka Haris namun mukanya cuba disenyumkan manis. Dia Nampak Haris menghulurkan fail yang dipegangnya kepada Sherene. Wanita itu mebelek-belek fail tersebut dan kemudiannya diberikan semula kepada Haris.

“Okay Nana. Sherene suka dengan Nana. Yang penting Nana kena buat betul-betul kerja ni. Walaupun just a cleaner tugas tetap tugas. Nanti keputusan kami akan berikan selewat-lewatnya minggu depan. Nana buleh keluar sekarang.”

Sherene berkata kepada Nana dengan suara yang agak tegas. Baginya setiap kerja mesti dilakukan dengan sempurna. Dia tidak suka orang yang bekerja sambil lewa dan tidak menepati piawaian. Bukan sekali dua cleaner merangkap tea leader di pejabat itu bertukar orang. Gara-gara pekerja yang tidak berdedikasi, daaing lambat dan juga tidak melakukan kerja dengan baik. Pernah sekali semasa mesyuarat  air yang dihidangkan tidak buleh diminum kerana rasanya yang semacam. Ini menimbulkan imej yang tidak baik pada syarikat mereka.

“Terima kasih cik. Saya pergi dulu.”  

Nana memulakan langkah untuk keluar. Fail yang dihulurkan oleh Haris diambilnya dan sebuah senyuman diberikan kepada Haris. Baginya senyuman Haris tak ubah seperti senyuman seorang playboy. Kerang senyumpun lagi menarik rasanya dari senyuman Haris. Macam mempunyai niat yang tidak baik saja. Hai..tadi dia bayangkan senyuman Haris macam kucing jantan miang sekarang lain pula. Betullah kalau hati dah benci tu gulapun buleh rasa masin getus hati Nana.

“So apa pendapat you dear.” 

Sherene berkata manja kepada Haris. Walaupun mereka bekerja di dalam satu pejabat tapi mereka juga mempunyai hubungan yang agak istimewa. Bagi Sherene, Haris merupakan teman, kekasih dan juga rakan pejabat yang baik. Mereka telah membuat perjanjian, perhubungan tanpa ada ikatan dan juga selama mereka berhubungan mereka bebas untuk melakukan perhubungan dengan orang lain juga. Sherene memandang Haris yang kelihatan seperti termenung.

“Hei, berangan!!!. Sherene sedikit menjerit untuk menyedarkan Haris. Tangannya sudah mula menampar manja lengan Haris.

“Ohh..nothing dear. I rasa macam kenallah awek tadi. Kawan sekolah I tu rasanya.  So apa kata I ambil dia. Okey tak?” Haris memandang Sherene meminta pengesahan.

“I okey je. Ada lagi 2 orang tadi. Nanti kita buat surat lantikan okey. You kenal kat mana minah tu?”

Sherene bertanya untuk mendapatkan kepastian dari Haris. Setahunya Haris memang dari dulu seorang playboy. Dia merupakan anak angkat papanya setelah keluarganya meninggal dalam kemalangan kereta pada satu masa dahulu. Satu kemalangan ngeri yang menyebabkan kematian. Sebuah bas perlancongan dan juga beberapa kenderaan lain. Antara penumpang di dalam bas tersebut ialah keluarga Haris dan juga Haris sendiri. Selepas kejadian itu dia dijaga oleh adik keluarga sebelah ayahnya yang meninggal dunia yang kebetulan juga bekerja sebagai pemandu dalam keluarganya.  Perwatakkan Haris yang agak bijak dan pandai mengambil hati amat disukai oleh ayahnya yang ketika itu tidak mempunyai anak lelaki. Segala belanja persekolahan ditanggung oleh ayahnya. Haris amat pandai dan bijak mengambil hati ayahnya. Perwatakkan Haris yang bersahaja itu menunjukkan seolah-olah tiada apa yang berlaku namun Sherene tahu semua itu hanya di luaran. Hakikatnya, hati Haris sangat sedih. Sebab itulah dia mengambil jalan mudah dengan bersuka ria untuk menghilangkan rasa sedihnya. Hati Haris masih tidak dapat melupakan kejadian yang meragut bukan saja ibu dan bapanya tetapi juga adik lelaki kesayangannya. Walaupun ketika kejadian dia hanya berumur 9 tahun namun ingatan terhadap kejadian itu masih segar dalam ingatannya. Kejadian yang disebabkan oleh kelalaian seorang lelaki yang cuai ketika memandu.Dengar cerita lelaki tersebut dibebaskan setelah membayar denda sahaja.

“Ohh..minah tu kawan sekolah I dulu rasanya. Nanti you suruh HR keluarkan surat. I nak keluar jumpa client sekejap. Apa-apa you call I kalau penting  okay.”

Haris keluar dari bilik tersebut. Fikirannya cuba ditumpukan kepada seseorang. Yaa…Hisham yang konon-kononnya rakan baiknya tapi sebenarnya bukan begitu. Hisham merupakan musuhnya. Orang yang paling dibencinya. Mengingatkan Nana yang juga buah hati Hisham pada satu ketika dahulu hatinya sudah bertekad untuk mengambil  hati Nana. Segala apa yang Hisham suka dia ingin mendapatkannya. Padanya Hisham harus menerima pembalasan. Hati Nana mesti diambil dan dijadikan hak mutlaknya. Memandang pada wajah Nana yang tidak ceria ketika dia menuturkan nama Hisham dia pasti Nana pasti mengingatinya. Sekalipun Nana cuba memberikan senyuman namun dia tahu hati Nana pilu. Ahh..pasti Nana menyangkakan Hisham yang melukakan hatinya tapi sebenrnya dialah punca Hisham memutuskan perhubungan mereka dulu. Haris tersenyum sendiri.