test

Saturday, 9 June 2012


BAB 2

   Hisham memandang pintu biliknya. Apa yang hendak dibuat lagi, bak kata pepatah lama sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. What u give u will get back. Peristiwa dia melanggar adik Nana amat memedihkan hatinya. Seingatnya peristiwa itu berlaku ketika dia baru pulang dari rumah Sherlene. Gadis cina yang mengiurkan yang baru sahaja dikenalinya semasa dia makan di sebuah restoran makanan segera. Selepas makan, gadis itu mengajak dia ke apartment untuk menonton televisyen. Argh..memandang wajah Sherlenepun dia sudah dapat mengagak yang gadis tersebut sudah lama mengidamkan tubuhnya. Dari saat mereka makan  lagi, Sherlene sudah mula memainkan peranan jarinya. Dari peha tangan mulus itu mula bergerak  dan menjelajah keseluruh bahagian anggota bahagian bawah pinggangnya. Gadis sekarang semua tidak ada rasa malu lagi. Tidak perlu dia bersusah payah memikat. Tanpa ayat-ayat puitispun , sudah banyak gadis yang terkulai layu dipelukannya.

    Selepas mereka berbual pendek dan menghabiskan sepanjang petang itu bersama di atas katil melayani nafsu masing-masing dia bergegas pulang apabila ayahnya menelefon. Ayahnya memberitahu bahawa ibunya terjatuh semasa berada di dalam bilik air. Walaupun pada ketika itu dia masih khayal dengan kesan pil dan juga arak yang diminum, dipandunya juga kereta untuk pulang ke rumah. Dalam fikirannya terbayang wajah sayu ibunya yang sering saja menasihatinya agar berubah. Berubah ke arah kebaikan. Berubah sebelum terlambat namun sering sahaja kata-kata ibunya itu dibalas dengan herdikan dan juga pandangan benci.

    Semasa memandu balik , dia tidak sedar keretanya telah  terbabas memasuki lorong pejalan kaki. Entah apa yang diingatinya pada ketika itu diapun tak sedar. Yang dia tahu tanpa disedari keretanya telah terlanggar sesuatu objek. Berdentum kuat bunyinya dan tayar keretanya seperti telah menyeret sesuatu. Lantas dengan pantas dia mematikan enjin keretanya. Dalam keaadaan yang masih mamai dan terhuyang-hayang dia keluar. Pada ketika itu beberapa orang telah mula berkumpul mengelilinginya. Barulah dia menyedari yang dia telah melanggar seseorang. Kelam kabut dia memasuki keretanya dan menelefon ayahnya . Lain yang hendak disampaikan lain pula berita yang disampaikan oleh ayahnya . Ayahnya memberitahu bahawa ibunya telah selamat meninggalkan mereka berdua. Inikah akibat yang perlu dibayarnya akibat perbuatan-perbuatan yang dilakukannya.

“Maafkan Hisham mama. Hisham anak yang tidak sedar diri. Hisham anak yang tidak sempat berbakti pada mama. Hisham salah pada mama. Kalaulah Hisham dengar kata dan nasihat mama pasti perkara sebegini tidakakan terjadi. Maafkan Hisham mama. Maafkanlah Hisham.”
Tiba-tiba pintu biliknya dikuak . kelihatan muka lesu ayahnya memandang dengan wajah yang pilu.

“Sudahlah Hisham..yang pergi tidak akan kembali. Papa mahu kamu berubah agar menjadi insan yang baik. Tinggalkan semua perkara-perkara jahat yang kamu lakukan dulu. Insaflah. Sebagai orang Islam sunni, kita hidup kenalah berlandaskan ajaran Islam. Bukan ayah dan mama tidak mengajar kamu tentang ajaran Islam tapi kamu ayah tengok kamu tidak pernah mahu berubah. Mama sudah maafkan segala dosa-dosa kamu. Kita ni kalau berdosa dengan manusia haruslah meminta maaf dengan manusia itu sendiri. Selagi mereka tidak memaafkan kita selagi itulah kita tidak akan aman dan tenteram. Kamu sudah meminta maaf pada kakakyang adiknya kamu langgar itu. Ayah rasa sedih betul dengan apa yang terjadi. Hanya adiknya sahaja keluarga yang ada dan adiknya telah dijemput pergi dengan cara yang menyayat hati. Bukan ayah hendak menyalahkan ketentuan Ilahi tetapi kalau kamu tidak mabuk pasti benda buruk seperti ini tidak akan terjadi. Minta maaf daripada perempuan itu Hisham.  Jangan sampai kamu dihantui peristiwa tersebut sampai bila-bila. Susah sangat kamu pujuk sahaja perempuan itu agar mengahwini kamu. Diapun bukan ada siapa-siapa lagi."
Tersentak Hisham dengan kata-kata ayahnya itu. Biar betul Nana sudah tiada siapa-siapa. Seingatnya dulu di sekolah Nana merupakan antara pelajar terbaik sekolah dalam pelajaran. Muka Nana yang manis dan putih berseri  itu sering sahaja menarik minat dirinya. Saja je dia memandang seolah-olah jijik dengan Nana sedangkan hatinya begitu bergetar hebat tatkala terpandang wajah ayu itu. Cabaran rakannya Haris untuk memikat Nana disahutnya. Perhubungan mereka cuma berlangsung selama beberapa minggu sahaja. Tidak dinafikan Nana seorang gadis yang begitu baik, menjaga tingkah laku dan juga adab sopan. Sekalipun dalam perhubungan mereka Hisham tidak dapat memegang ataupun menyentuh kulit Nana. Nana begitu berhati-hati. Hatinya sudah amat tertarik pada Nana namun apabila mengingatkan tentang cabaran rakannya Haris yang mahukan dia meninggalkan Nana setelah berjaya memikatnya, Hisham melupakan niatnya itu.

“Ayah, bukankah Nana tu bersekolah dengan Hisham sewaktu Hisham bersekolah menengah dahulu. Hisham ingatkan dia berpindah sekolah tapi rupanya dia berhenti sekolah ke ayah? Hisham betul-betul menyesal dengan apa yang Hisham dah buat ayah. Hisham menyesal sangat-sangat. Nana tak sudi maafkan Hisham. Sudah puas Hisham meminta maaf tapi Nana buat tak kisah sahaja. Hisham betul-betul buntu ayah. Hisham tak dapat nak maafkan diri Hisham selagi Nana tak dapat maafkan Hisham. Tolonglah Hisham ayah. Hisham betul-betul menyesal. Hisham akan berubah. Hisham akan buktikan pada ayah dan juga arwah mama. Hisham sayang ayah. Hisham akan cuba jadi anak yang terbaik yang akan menggembirakan ayah.”

Hisham terus memeluk ayahnya dengan erat. Serasanya itulah kali pertama dia memeluk ayahnya. Dia ego. Perasaan bersalah semakin menusuk jantung hatinya. Ya Allah!!aku lalai, aku memang makhluk yang tak tahu bersyukur. Terima kasih Allah kerana menyedarkanku sebelum terlewat.

“Ayah…macam mana Hisham nak tebus kesalahan Hisham pada mama, pada orang-orang yang Hisham dah pernah buat salah dulu dan yang paling penting Hisham rasa bersalah sangat pada Nana. Hisham dah buatkan dia kehilangan satu-satunya adik yang dia sayang ayah. Hisham memang tak guna langsung. Dulu masa sekolah Hisham pernah malukan dia depan kawanb-kawan. Hisham goda dia ayah lepas tu Hisham malukan dia. Hisham ni terukkan ayah?” 

Mata  hisham semakin panas namun dia cuba menahannya. Ayahnya menepuk-nepuk belakangnya . dia tahu dia memang bersalah bukan saja pada Nana namun pada ayah dan mamanya. Azamnya hanya satu kini, mengubah sikapnya dan juga menjaga Nana dan juga ayahnya dengan baik.